AMPANG – Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi dan Toyota Vellfire di Kilometer 23, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Bukit Antarabangsa, di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asistan Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah malam apabila Perodua Myvi dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan."Kereta yang dipandu seorang lelaki itu dalam perjalanan dari Taman Melawati menghala ke Cheras sebelum bertembung dengan bahagian hadapan Toyota Vellfire berkenaan."Akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Ampang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Khairul Anuar berkata, pemandu Toyota Vellfire turut mengalami kecederaan sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Ampang, manakala penumpangnya masih menerima rawatan lanjut."Kedua-dua lelaki itu berusia 18 dan 43 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang yang melihat kemalangan tersebut diminta untuk tampil ke Balai Polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya bagi membantu siasatan," katanya.
Dua lelaki maut kemalangan Myvi-Vellfire

Key takeaways
Dua lelaki maut dalam kemalangan Myvi-Vellfire di MRR2 pada jam 12.40 tengah malam.
- Kemalangan berlaku di Kilometer 23 Jalan Lingkaran Tengah 2 menghala ke Bukit Antarabangsa.
- Pemandu Myvi dan Vellfire meninggal dunia akibat kecederaan parah.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Lelaki maut kemalangan dua motosikal
- Sinar Harian Dua lelaki maut kemalangan Myvi-Vellfire (this story)
- Harian Metro 2 pemandu maut, nahas Myvi dan Vellfire di MRR2









