Ampang Jaya: Dua pemandu maut, manakala seorang penumpang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kereta di Kilometer 23, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran susur ke Bukit Antarabangsa, di sini, tengah malam tadi.

Kejadian pada 12.40 tengah malam itu, membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dan Toyota Vellfire.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, siasatan awal mendapati Perodua Myvi berkenaan dalam perjalanan dari arah Taman Melawati menghala ke Cheras.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan.