BATU PAHAT - Sekelip mata dunia dua beradik, Hasya Fahira Zulkifli, 11, dan Muhammad Adam, 8, berubah apabila kehilangan insan yang selama ini menjadi tempat bermanja selepas ibu bapa mereka maut dalam kemalangan di Jalan Yong Peng-Muar, dekat Parit Yaani pada Ahad.Detik paling memilukan apabila Hasya Fahira yang bekerusi roda selepas mengalami kecederaan dan melecur mengucup jenazah ibu bapanya berulang kali sambil meluahkan ungkapan 'kakak sayang emak, abah' di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).Ibu bapa mereka, Tengku Syafirana Tengku Abdullah, 44, dan Mohd Hardi Mohd Husin, 46, maut selepas MPV dinaiki mereka dihempap lori membawa muatan tar dalam kejadian berkenaan.Adik kepada arwah Mohd Hardi, Muhamad Ihsan, 30, berkata, dia berdepan kesukaran untuk menyampaikan berita kematian kedua-dua ibu bapa itu kepada anak saudaranya petang semalam."Saya berat untuk memberitahu mereka kerana bukan seorang, tetapi kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia. Mereka masih kecil."Apabila mendapat tahu, mereka menangis. Mereka masih kanak-kanak, sebab itu mereka menangis. Saya cuba menenangkan kedua-duanya," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), malam Ahad.Menurutnya, pada hari kejadian, pasangan itu keluar bersama anak-anak ke sebuah pasar raya di Yong Peng untuk membeli barangan keperluan bulanan."Mereka lebih banyak menumpukan perhatian kepada keluarga, abang bekerja manakala kakak ipar membesarkan anak-anak. Kalau ada urusan penting, barulah mereka sekeluarga keluar berjalan-jalan."Biasanya setiap bulan mereka akan berbelanja termasuk membeli barang keperluan untuk anak-anak," ujarnya.Mengimbas detik menerima berita kejadian, Muhamad Ihsan berkata, dia mendapat tahu mengenai kemalangan itu kira-kira jam 1 tengah hari selepas menerima panggilan daripada rakan dan penduduk kampung."Apabila melihat mesej dalam kumpulan WhatsApp kampung, saya nampak kereta abang. Saya sangat mengenali kereta itu dan ketika itulah baru saya tahu abang sekeluarga terbabit dalam kemalangan," katanya.Muhamad Ihsan berkata, dia bersedia memikul tanggungjawab membesarkan kedua-dua anak saudaranya itu.
Nahas lori hempap MPV: 'Kakak sayang emak, ayah'

Key takeaways
Dua beradik kehilangan ibu bapa mereka dalam kemalangan lori menghempap MPV di Batu Pahat.
- Hasya Fahira dan Muhammad Adam menangis sambil mengucup jenazah ibu bapa mereka.
- Ibu bapa mereka, Tengku Syafirana dan Mohd Hardi, maut dalam kemalangan tersebut.
- Adik kepada arwah Mohd Hardi menghadapi kesukaran menyampaikan berita kematian kepada dua beradik itu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Nahas lori hempap MPV: 'Kakak sayang emak, ayah' (this story)









