Kuala Lumpur: Apabila takdir mendesak penyatuan dua jiwa yang berbeza, mampukah sebuah ikatan bertahan menempuh badai penghendap yang obsesif?

Begitu paparan dibawa drama bersiri 28 episod, Tertulis Kita Sampai Syurga yang sarat dengan konflik jiwa, ketabahan dan ujian kasih sayang.

Naskhah menampilkan gandingan Shukri Yahaya, Qistina Khaled dan Ramona Zamzam sebagai teraju utama, bakal menemui penonton bermula 9 November ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam menerusi slot Akasia di TV3.

Drama ini mengisahkan seorang gadis remaja yang sering memberontak terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu sebagai isteri dan ibu, di samping berdepan pelbagai cabaran yang menguji ketabahan dirinya.