Di dalam sebuah kelas TADIKA, ada kanak-kanak yang tidak berhenti bergerak, ada yang sukar duduk di tempat sendiri, mudah terganggu, kerap mencelah ketika guru bercakap atau tidak mampu menghabiskan sesuatu tugasan.

Apabila perkara ini berlaku, reaksi yang sering kedengaran mungkin mudah sahaja — 'biasalah budak-budak'.

Memang benar, kanak-kanak mempunyai tenaga yang tinggi, suka bermain, bergerak, bercakap dan meneroka dunia di sekeliling.

Namun, selepas beberapa tahun berada di dalam kelas, terdapat satu perkara yang semakin jelas, iaitu tidak semua tingkah laku boleh dianggap sekadar perangai kanak-kanak.