KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan berusia 21 tahun ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong selepas dikesan cuba menyeludup kira-kira satu kilogram (kg) dadah kokain yang disorokkan di dalam kasut dipakai.
Kastam Hong Kong dalam kenyataan memaklumkan, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan ketika pemeriksaan kastam terhadap penumpang yang baru tiba Rabu lalu.
"Pegawai kastam menemui kira-kira satu kilogram bahan disyaki kokain dalam kasut dipakai lelaki berkenaan sebelum dia ditahan.
"Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai HK$600,000 (kira-kira RM311,000) dan siasatan kes masih dijalankan," menurut kenyataan itu.






