Kastam Hong Kong merampas kasut dan dadah kira-kira 1kg daripada seorang lelaki menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur pada Rabu lalu. (Gambar Kastam Hong Kong)PETALING JAYA: Seorang lelaki yang menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kerana dikesan cuba menyeludup kira-kira 1kg kokain yang disorokkan dalam kasutnya.
Kastam Hong Kong memaklumkan lelaki berusia 36 tahun itu ditahan ketika pemeriksaan ke atas penumpang yang baru tiba Rabu lalu.
"Pegawai kastam menemui kira-kira 1kg bahan disyaki kokain dalam kasut dipakai lelaki berkenaan sebelum ditahan.
"Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai HKD600,000 (kira-kira RM311,000) dan siasatan masih diteruskan," katanya dalam kenyataan di laman webnya.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F12%2F8fde8817a2e5e02d350fd76645a12789.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)