WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan sokongan penuh terhadap penggunaan istilah kecerdasan super (SI) bagi menggantikan kecerdasan buatan (AI), selain menggesa negeri-negeri di negara itu memanfaatkan teknologi berkenaan untuk menjana kekayaan.

Menerusi hantaran di platform Truth Social semalam, Trump berkata beliau bersedia bekerjasama dengan negeri-negeri yang mahu memanfaatkan potensi ekonomi teknologi itu.

“Saya 100 peratus menyokong kecerdasan super (SI) dan akan bekerjasama dengan banyak negeri di AS yang mahu menjadi kaya menerusi teknologi ini,” katanya.

Beliau turut menyifatkan teknologi itu sebagai sumber kekayaan dan berkata hanya kepimpinan yang tidak bijak akan menolak manfaat ekonomi yang ditawarkannya.