KUALA LUMPUR: Veteran UMNO mendesak Peguam Negara menarik balik surat arahan penangguhan pelaksanaan hukuman tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak selepas bekas Perdana Menteri itu menjelaskan bayaran denda RM50 juta seperti ditetapkan dalam perintah pengampunan bersyarat.

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, mendakwa tindakan Peguam Negara menangguhkan pelaksanaan hukuman berkenaan adalah tidak berperlembagaan dan dipengaruhi unsur ketakutan politik pihak tertentu.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai disengajakan dengan alasan yang diada-adakan, malah mendakwa ia menunjukkan keingkaran dan derhaka terhadap titah serta kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

"Veteran UMNO mendesak Peguam Negara menarik balik surat arahan penangguhan pelaksanaan hukuman tahanan rumah itu tanpa sebarang alasan lagi.