Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh, berkata laporan polis akan dibuat di seluruh negara menuntut siasatan ke atas Peguam Negara Dusuki Mokhtar atas dakwaan salah guna kuasa.JASIN: Sayap Pemuda Umno dan PAS akan menggerakkan laporan polis di seluruh negara terhadap Peguam Negara Dusuki Mokhtar berhubung keputusan tidak melaksanakan titah tahanan rumah melibatkan bekas perdana menteri, Najib Razak.

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh, berkata tindakan itu perlu bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Dusuki.

“Sebab itu kita melihat perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Saya sudah berbincang dengan rakan-rakan dan kita akan menggerakkan satu laporan polis di seluruh negara terhadap peguam negara.