KUALA LUMPUR: Memelihara kewibawaan dan kedaulatan Institusi Yang di-Pertuan Agong adalah tanggungjawab kerajaan dan bukan pilihan politik.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata, kerajaan tidak boleh bersikap selektif kerana Institusi Yang di-Pertuan Agong adalah tonggak kedaulatan negara.
Katanya, kerajaan atau mana-mana pihak mempunyai kewajipan menyempurnakan titah Yang di-Pertuan Agong yang dibuat dengan teratur mengikut lunas perundangan negara.
Beliau berkata, ia termasuk dalam hal-hal mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bersabit pengampunan diraja, penangguhan atau peringanan sesuatu hukuman.









