Dusseldorf: Empat anggota kumpulan ekstremis yang diharamkan dibicarakan di bandar Dusseldorf, barat Jerman, pada Jumaat, termasuk seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai 'Raja Jerman'.
Keempat-empat lelaki itu didakwa menjadi dalang kumpulan Kingdom of Germany, cabang gerakan teori konspirasi Citizens of the Reich atau Reichsbuerger yang menolak kesahihan republik moden Jerman.
Ketua kumpulan yang mengisytiharkan dirinya sebagai 'raja', Peter Fitzek, 61, bekas tukang masak dan jurulatih karate, menubuhkan organisasi itu pada 2012.
Beliau ditahan bersama tiga lelaki lain pada Mei 2025 selepas kumpulan berkenaan diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri.








