Mereka menyamar menggunakan gambar wanita berpenampilan menarik untuk menghubungi mangsa secara rawak sebelum memujuk mereka menyertai pelaburan syarikat yang kononnya bertapak di Jerman.
Key takeaways
Lima lelaki warga China ditahan kerana terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang menyasarkan mangsa di Jerman. Serbuan dijalankan di Ipoh, Perak, selepas kegiatan tersebut terbongkar sejak September lalu.
- Serbuan dilakukan oleh polis Perak dan Ipoh di Anjung Bercham Utama pada Jumaat lalu.
- Suspek menggunakan aplikasi WhatsApp dan gambar wanita untuk memperdaya mangsa secara rawak.
- Mangsa dijanjikan keuntungan tinggi daripada pelaburan syarikat yang kononnya bertapak di Jerman.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
IPOH: Kegiatan sindiket pusat panggilan penipuan pelaburan dalam talian yang menyasarkan mangsa di Jerman terbongkar selepas lima lelaki warga China ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Anjung Bercham Utama, di sini Jumaat lalu.
Serbuan tersebut dijalankan sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 6.30 petang itu, lima suspek berusia 26 hingga 43 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Katanya, siasatan awal mendapati sindiket itu menjadikan rumah berkenaan sebagai pusat panggilan bagi menjalankan kegiatan penipuan pelaburan tidak wujud sejak September lalu.