Sungai Petani: Wanita yang ditahan bagi membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan pasangan suami isteri pesara polis di Kilometer 114.4, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) semalam, kini dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan wanita terbabit yang ditahan malam tadi dibebaskan selepas keterangannya diambil.

"Wanita itu ditahan malam tadi dan pagi hari ini diberi jamin polis," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, Hanyan enggan mengulas lanjut sama ada wanita itu adalah pemandu atau penumpang ketika kejadian.