BRUSSELS: Pejabat Pendakwa Raya Eropah (EPPO) semalam memaklumkan bahawa pihaknya membuka siasatan kedua berhubung dakwaan penipuan membabitkan dana Kesatuan Eropah (EU) bagi projek landasan kereta api berkelajuan tinggi Madrid-Seville di Sepanyol, susulan nahas maut pada bulan lalu, lapor Anadolu Ajansi.

Siasatan terbaru itu berkait pembiayaan bagi kerja pengubahsuaian serta penaiktarafan sistem keselamatan, isyarat dan komunikasi di sepanjang laluan berkenaan.

Siasatan sedang dijalan membabitkan pengendali infrastruktur kereta api ADIF, Agensi Keselamatan Kereta Api Negara dan Mahkamah Audit Sepanyol, menurut pejabat pendakwa raya itu.

Pejabat itu turut memaklumkan bahawa pihaknya mengesahkan siasatan itu susulan kepentingan awam yang tinggi, namun tidak akan mendedahkan maklumat lanjut pada peringkat ini.