PETALING JAYA: Bekas anggota polis, Saifuddin Abdul Kader memohon campur tangan Peguam Negara supaya siasatan berkenaan dirinya dipukul oleh Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain pada 2015 dibuka semula.
Permohonan itu dibuat selepas Mohd. Shuhaily didakwa di Mahkamah Majistret pada 21 Oktober lalu atas dua pertuduhan dengan sengaja mencederakan dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 28 September lalu.
Peguam yang mewakili Saifuddin, Kamal Hisham Ja’afar dan Muhammad Nor Tamrin berkata, anak guam mereka membuat laporan polis terhadap Mohd. Shuhaily









