Kuching: "Kalau spekulasi, tidak perlulah komen," kata Datuk Seri Fadillah Yusof ketika ditanya terdapat ura-ura beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13 (PRN13) yang akan diadakan pada 12 Disember depan.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau sendiri tidak mengetahui perkara berkenaan yang mula diperkatakan dalam kalangan rakyat Sarawak.
Justeru, beliau menganggap perkara itu sekadar khabar angin tanpa mengesahkan atau menafikan spekulasi berkenaan.
Spekulasi mengenai kemungkinan beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semakin hangat diperkatakan sejak Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg membayangkan PRN13 mungkin menjadi penyertaan terakhir beliau dalam pilihan raya negeri.










