JOHOR BAHRU: Bantuan khas kewangan RM1,000 kepada pemandu bas sekolah yang diumumkan pada Belanjawan 2027 disifatkan tepat pada masa, terutama bagi membantu golongan itu apabila sesi persekolahan berakhir.
Presiden Gabungan Pengusaha dan Pemandu Bas Sekolah Malaysia, Dr M Muruga, berkata bantuan itu amat bermakna memandangkan kutipan tambang bas sekolah terjejas pada cuti persekolahan.
"Ini juga pengiktirafan daripada kerajaan dan kami berbangga kerana kebajikan pemandu bas sekolah turut mendapat perhatian menerusi Belanjawan 2027," katanya ketika dihubungi BERNAMA.
Muruga berkata, ada lebih 3,000 ahli berdaftar di bawah gabungan itu di seluruh negara, dengan 60 peratus daripadanya golongan wanita.









