KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak veteran, Datuk Imuda meluahkan kesyukuran atas kejayaan anak keduanya, Muhammad Raezal atau Rezi yang kini sudah dua tahun berkhidmat sebagai peguam di sebuah firma guaman.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, semalam sempena sambutan hari lahir anaknya pada 30 Oktober lalu, Imuda atau nama sebenarnya Abdul Rahim Muda, 66, mendoakan agar Rezi menjadi seorang peguam yang berwibawa dan berintegriti.
"Selamat hari lahir buat anak kedua saya, Muhammad Raezal bin A.Rahim atau Rezi pada 30 Oktober lalu.
"Rezi sekarang dah dua tahun menjadi seorang peguam di sebuah firma guaman terkenal di ibu negara setelah tamat pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan undang-undang.









