PETALING JAYA – Siapa sangka loghat Kelantan yang terkenal dengan keunikan sebutannya mempunyai persamaan dengan dialek masyarakat Scotland di United Kingdom (UK).
Perkara itu didedahkan seorang pempengaruh berasal dari Scotland, Alana Dunsmore yang berkahwin dengan lelaki Kelantan menerusi satu video yang dikongsikan di Instagram miliknya.
Menurut Alana, kedua-dua dialek tersebut mempunyai persamaan dari segi cara sebutan yang menggugurkan atau mengubah bunyi pada hujung perkataan.
“Sebagai contoh, masyarakat Scotland tidak menyebut perkataan ‘window’ seperti kebiasaan, sebaliknya menyebutnya sebagai ‘windae’.








