DOHA – Pencabar takhta Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Jorge Martin kembali mempamerkan kebangkitan apabila menamatkan sesi latihan bebas Grand Prix (GP) Qatar di Litar Lusail malam tadi di tempat ketujuh.

Selepas bergelut untuk mempamerkan tunggangan terbaik pada GP Malaysia minggu lalu akibat kecederaan pergelangan tangan, pelumba Aprilia itu dilihat semakin hampir kembali ke prestasi sebenar.

Dia menggalas misi cukup besar pada GP Qatar apabila mahu menghalang pelumba Ducati, Marc Marquez daripada merangkul kejuaraan dunia lebih awal minggu ini.

“Saya sangat bangga dengan apa yang dilakukan hari ini (semalam) dan saya memang mengharapkan perasaan seperti ini ketika di Malaysia. Ketika itu, saya rasa mampu berlumba tetapi keadaan tidak mengizinkan.