HAMILTON: Markas Pemerintahan Pusat (CENTCOM) tentera Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan penawaran ganjaran hingga AS$20 juta bagi maklumat mengenai program nuklear Iran, lapor Anadolu Ajansi.
"'Rewards for Justice' menawarkan ganjaran hingga AS$20 juta serta kemungkinan penempatan semula bagi individu yang memberi maklumat mengenai program nuklear Iran," menurut CENTCOM dalam satu hantaran melalui X.
Menurut CENTCOM, maklumat itu boleh merangkumi kemudahan, peralatan serta individu yang berkaitan program berkenaan termasuk mereka dalam komuniti saintifik, serta pergerakan mereka.
CENTCOM turut berkongsi pautan ke laman sesawang 'Rewards for Justice' bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat.








