KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa mesti memindahkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan segera ke kediamannya di Jalan Langgak Duta bagi menjalani tahanan di rumah, sebagaimana yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.Peguam yang mewakili bekas Perdana Menteri itu, Muhammad Farhan Muhammad Shafee berkata, perintah pengampunan berkenaan merupakan titah Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.Menurutnya, Istana Negara juga telah menjelaskan bahawa perintah berkenaan adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan."Seri Paduka Baginda kini telah menjelaskan melalui Istana Negara bahawa perintah itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, tidak terkait dengan mana-mana kes lain, dan semua syaratnya telah dipenuhi."Oleh itu, tiada sebarang asas bagi pihak berkuasa berkenaan untuk terus menahan Datuk Seri Najib di Kajang walau sesaat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Keluarga tidak dimaklumkan’- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiSeri Paduka Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Dalam pada itu Sultan Ibrahim bertitah, perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau.Titah baginda, tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran dan tidak sepatutnya menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan.Baginda bertitah, keputusan membenarkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan d
Najib perlu segera dipindahkan ke kediaman di Langgak Duta - Peguam

Key takeaways
Peguam Najib meminta pihak berkuasa segera memindahkan beliau ke kediaman di Jalan Langgak Duta mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong.
- Perintah pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong jelas dan tidak mempunyai kekaburan.
- Pihak berkuasa diminta tidak menahan Najib di Kajang lagi.
- Peguam menegaskan semua syarat perintah telah dipenuhi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Kediaman Najib di Langgak Duta masih lengang
- Sinar Harian Najib perlu segera dipindahkan ke kediaman di Langgak Duta - Peguam (this story)







