KUALA LUMPUR - Sebarang perlakuan ingkar, menafikan atau cuba meremehkan mana-mana titah Yang di-Pertuan Agong merupakan satu penderhakaan besar kepada Raja dan Negara.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, semua rakyat Malaysia mempunyai kewajipan menjunjung tinggi serta memartabatkan Institusi Yang di-Pertuan Agong dan institusi beraja sebagai lambang kedaulatan negara.Menurutnya, perkara itu jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang perlu dihormati oleh semua pihak."Kerajaan atau mana-mana pihak juga mempunyai obligasi untuk menyempurnakan titah Yang di-Pertuan Agong yang dibuat mengikut lunas perundangan negara, termasuk perkara berkaitan pengampunan diraja, penangguhan atau peringanan hukuman di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan."Perlu ditegaskan, apa-apa perlakuan ingkar, menafikan atau cuba meremehkan mana-mana titah yang dizahirkan oleh Institusi Yang di-Pertuan Agong oleh mana-mana pihak adalah merupakan satu penderhakaan besar kepada Raja dan Negara," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Keluarga tidak dimaklumkan’- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiSinar Harian sebelum ini melaporkan sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Seri Paduka Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Dalam pada itu Sultan Ibrahim bertitah, perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau.Titah baginda, tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran dan tidak sepatutnya menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pela
Ingkar titah Agong satu penderhakaan besar kepada Raja dan Negara

Key takeaways
Sebarang perlakuan ingkar terhadap titah Agong dianggap penderhakaan besar kepada Raja dan Negara, menurut Ketua Pembangkang.
- Ingkar atau meremehkan titah Agong merupakan penderhakaan besar.
- Rakyat dan kerajaan wajib menjunjung Institusi Beraja dan Perlembagaan Persekutuan.
- Perkara ini termaktub dalam Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Pertikai Titah Pengampunan Diraja menjurus ingkar perintah Agong
- Sinar Harian Ingkar titah Agong satu penderhakaan besar kepada Raja dan Negara (this story)
- Malaysiakini (BM) Agong: Pertikai pengampunan bersyarat Najib bermakna ingkar perintah
- Utusan Malaysia Wujud penderhakaan laksana titah pengampunan Najib – UMNO







