WELLINGTON: Proses pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) New Zealand bagi memilih kerajaan baharu, bermula dengan lebih 3.7 juta pemilih berdaftar layak mengundi, hari ini, lapor Anadolu Ajansi.

Pusat mengundi di negara kepulauan ini dibuka pada jam 9 pagi (8 malam Jumaat GMT) dan akan ditutup pada jam 7 malam (6 pagi GMT).

Pengiraan awal undi akan bermula selepas pusat mengundi ditutup, manakala keputusan akhir dijangka diumumkan menjelang 27 November ini.

Pilihan raya itu menyaksikan persaingan antara parti politik, termasuk Parti Nasional yang memerintah serta Parti Buruh yang merupakan pembangkang berhaluan kiri tengah.