KULIM – Malaysia telah berdepan ancaman penyeludupan dadah antarabangsa sejak lebih empat dekad lalu berikutan kedudukan geografinya yang strategik dan berhampiran kawasan pengeluaran dadah utama di rantau Asia Tenggara.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dakwaan pakar akademik bahawa Malaysia menjadi laluan transit dadah sejak awal 1980-an tidak boleh dinafikan berdasarkan tempoh panjang negara memerangi kegiatan penyeludupan bahan terlarang itu.Menurut beliau, Malaysia yang mempunyai sempadan darat dan laut sepanjang kira-kira 4,000 kilometer serta kawasan perairan seluas 600,000 kilometer persegi menjadi antara lokasi tumpuan sindiket dadah antarabangsa."Dadah ini telah kita perangi lebih empat dekad. Jika sekarang tahun 2026, ditolak 40 tahun, sudah tentu ia mempunyai kaitan dengan tempoh yang panjang itu."Jika para pakar menyebut ia bermula seawal 1980-an, perkara itu sememangnya tidak dapat dinafikan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Semarak Kebudayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di sini pada Sabtu.Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Amer Fawwaz Mohamad Yasid yang menyatakan bahawa kedudukan Malaysia berhampiran kawasan Segi Tiga Emas membolehkan sindiket antarabangsa memanfaatkan negara ini sebagai hab transit sebelum bekalan dadah dihantar ke negara lain.Menurut Saifuddin, berdasarkan taklimat terkini Bahagian Narkotik, kira-kira 80 peratus bekalan dadah yang memasuki negara ini berasal dari luar negara termasuk kawasan Segi Tiga Emas dan Amerika Latin.Katanya, baki 20 peratus pula dihasilkan menerusi makmal pemprosesan dadah yang beroperasi dalam negara."Rekod serbuan pihak Narkotik juga menunjukkan peningkatan, sekali gus menggambarkan cabaran penguatkuasaan yang semakin kompleks susulan kedudukan strategik Malaysia."Cabaran pada masa ini jauh lebih kompleks. Pihak berkuasa perlu menilai semula pendekatan sedia ada kerana kita tidak lagi boleh bergantung kepada kaedah lama. Jenayah ini tidak mengenal sempadan," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin berkata, beliau telah membentangkan 17 inisiatif kepada Jemaah Menteri bulan lalu bagi memperkukuh usaha membendung aktiviti penyeludupan melalui sempadan negara.Menurutnya, inisiatif tersebut dilaksanakan menerusi tiga fasa yang meliputi pengukuhan undang-undang, peningkatan penguatkuasaan, perkongsian maklumat risikan, pembinaan kapasiti serta pelaksanaan operasi bersama negara luar.
Malaysia jadi laluan transit dadah lebih empat dekad

Key takeaways
Malaysia menghadapi ancaman penyeludupan dadah sejak lebih empat dekad kerana kedudukannya yang strategik.
- Malaysia menjadi laluan transit dadah antarabangsa berikutan kedudukannya yang strategik.
- Kira-kira 80 peratus dadah yang masuk ke negara ini berasal dari luar negara.
- Sindiket dadah antarabangsa memanfaatkan Malaysia sebagai hab transit untuk menghantar dadah ke negara lain.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Malaysia jadi laluan transit dadah lebih empat dekad (this story)









