PERSONALITI media sosial, Atisha Khan mengesahkan hubungan bersama suaminya, Haiqal berakhir selepas kedua-duanya mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.Menerusi satu perkongsian di media sosial, Atisha menjelaskan keputusan tersebut bukan sesuatu yang mudah untuk diterima memandangkan Haiqal sudah menjadi sebahagian besar daripada kehidupannya selama ini."Saya sentiasa cuba merahsiakan perkara-perkara peribadi, tetapi saya juga faham bahawa saya telah berkongsi begitu banyak aspek kehidupan saya dengan anda semua selama ini."Saya telah menghabiskan sebahagian besar hidup saya dengan percaya bahawa perkara tertentu akan sentiasa menjadi sebahagian daripadanya."Belajar untuk menerima bahawa hidup mungkin kelihatan sedikit berbeza daripada apa yang selalu saya bayangkan adalah sukar, tetapi saya fikir adalah sangat penting untuk tahu apabila tiba masanya untuk melepaskan," katanya.Atisha memaklumkan bahawa keputusan untuk berpisah dibuat atas persetujuan bersama dan menegaskan mereka berdua berada dalam keadaan baik.Tambah Atisha, meskipun hubungan mereka tidak lagi seperti dahulu, dia tetap menghargai segala kenangan yang telah dilalui bersama Haiqal."Haiqal dan saya telah membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing dan kami berdua baik-baik saja."Walau apa pun yang membawa kami ke tahap ini, Haiqal adalah seseorang yang telah menjadi sebahagian besar dalam hidup saya, dan itu bukanlah sesuatu yang boleh saya abaikan begitu sahaja."Saya akan sentiasa menghormati tahun-tahun yang telah kami kongsi bersama dan saya berharap rasa hormat yang sama dapat diberikan kepada kami berdua ketika kami mencari jalan ke hadapan masing-masing," ujarnya.Pada masa sama, Atisha turut menegaskan bahawa perkongsian tersebut dibuat atas kehendaknya sendiri dan bukannya kerana merasakan dirinya perlu memberikan penjelasan kepada orang ramai.Atisha juga berharap orang ramai dapat memberikan ruang dan privasi kepada mereka untuk meneruskan kehidupan serta mencari kebahagiaan dengan cara masing-masing tanpa perlu dipersoalkan atau dihakimi."Akan sentiasa ada perkara yang hanya difahami oleh kami berdua dan saya sudah tahu bahawa saya amat menghargai betapa setiap daripada anda akan menghormati keputusan ini, jadi terima kasih," katanya lagi.Atisha Khan dan Haiqal mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 selepas hampir 10 tahun perkenalan. - Gempak View on Threads
Atisha Khan umum cerai, ikatan empat tahun terlerai

Key takeaways
Atisha Khan mengesahkan perceraian dengan suaminya, Haiqal selepas empat tahun berkahwin.
- Atisha dan Haiqal membuat keputusan untuk berpisah atas persetujuan bersama.
- Mereka mengakui hubungan tidak lagi seperti dulu tetapi menghargai kenangan bersama.
- Atisha menyatakan bahawa keputusan itu tidak mudah diterima.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian Atisha Khan umum cerai, ikatan empat tahun terlerai (this story)









