HULU TERENGGANU – UMNO dan Pas Terengganu menyatakan kebersamaan dalam isu penangguhan pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Setakat ini, tiga laporan polis telah dibuat di Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).Laporan di daerah ini diketuai Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Yusof Awang Hitam, bersama Ketua Penerangan UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Baharu Abd Ghani, Timbalan Yang Dipertua Pas Hulu Terengganu, Hilmi Harun serta Ahli Jawatankuasa Pas Hulu Terengganu, Kamaruzzaman Abdullah.Menurut Yusof, laporan yang dibuat di Balai Polis Kuala Berang pada jam 3.41 petang, Sabtu itu merujuk kepada kenyataan media Jabatan Peguam Negara bertarikh 6 November 2026."Kenyataan tersebut menyentuh penangguhan sementara pelaksanaan pengampunan yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan rumah sekiranya denda RM50 juta dijelaskan."Syarat denda berkenaan telah dipenuhi dan dijelaskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, manakala Mahkamah Tinggi turut mengeluarkan perintah termeterai kepada Penjara Kajang supaya melepaskan Datuk Seri Najib dengan serta-merta bagi menjalani baki hukuman tersebut di rumah," katanya.Yusof mendakwa Peguam Negara tidak mempunyai kuasa di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan untuk menangguhkan pelaksanaan titah pengampunan dan perintah mahkamah berkenaan."Tindakan itu disifatkan sebagai ultra vires dan dilakukan secara sewenang-wenangnya."Justeru, laporan polis dibuat agar pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan subahat melanggar kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Seksyen 121C Kanun Keseksaan, kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Hasutan 1948 serta isu penghinaan mahkamah kerana didakwa menghalang pelaksanaan perintah mahkamah tanpa kuasa yang sah," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang – Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segeraTahanan rumah Najib: KDN laksana keputusan mengikut undang-undangSebelum ini, Jabatan Peguam Negara menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan pada September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib dalam kes SRC International.Menurut AGC, terdapat dua kemungkinan tafsiran terhadap perintah berkenaan yang memerlukan penelit