SIBU: Pengalaman dan kepakaran veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpotensi dimanfaatkan bagi membangunkan produk pelancongan berteraskan warisan ketenteraan dan maritim negara.

Presiden Persatuan Veteran TLDM (PVTLDM), Khairil Hariss Khairuddin, berkata sektor pelancongan ketenteraan bukan sahaja berpotensi menjana pulangan ekonomi, malah turut menawarkan nilai pendidikan boleh diteroka menerusi kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Beliau berkata, banyak negara menjadikan sejarah ketenteraan, kapal perang, muzium maritim dan warisan kepahlawanan sebagai tarikan pelancongan, manakala Malaysia turut memiliki khazanah maritim yang luas.

"Saya percaya pengalaman dan kepakaran veteran tentera laut boleh dimanfaatkan dalam membangunkan produk pelancongan berasaskan warisan ketenteraan dan maritim.