DOHA: Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, dijadualkan menyertai dua forum peringkat menteri, hari ini, yang memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan kerjasama antarabangsa dalam pembangunan dan masa depan ekosistem digital.
Kedua-dua program itu ialah 'Ministerial Panel' sempena Mobile World Congress (MWC) Doha 2026: Digital Leadership Forum dan Persidangan Plenipotensiari Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU PP-26) Ministerial Roundtable yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Doha (DECC).
Penyertaan Fahmi dalam kedua-dua platform itu adalah antara pengisian utama lawatan kerja beliau ke Doha, selain mengetuai delegasi Malaysia ke ITU PP-26.
Menurut jadual rasmi delegasi Malaysia, Fahmi dijadualkan menghadiri majlis sambutan MWC Doha 2026 sebelum menyertai sesi panel peringkat menteri bertajuk 'Accelerating Cooperation for a Connected Digital Future'.










