MASJID TANAH: Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh menyifatkan pengundi muda sebagai golongan perlu diberikan perhatian dalam usaha Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pengerusi BN negeri itu berkata, golongan muda mampu menyumbang kepada sebahagian besar jumlah undi.
"Pengundi muda diaturkan untuk menjadi pemimpin masa depan. Jadi, masa pilihan raya ini, mereka jangan tersalah pilih.
"Jadi, jaga apa yang sudah ada sekarang supaya nanti mereka dapat meniti jambatan daripada apa dibuat rakyat untuk memilih sebuah kerajaan stabil dan bijaksana," katanya ditemui selepas ceramah kempen Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara di Kampung Balik Batu di sini, hari ini.










