PETALING JAYA: Dua wanita cedera termasuk seorang mengalami patah tangan kiri dalam kebakaran membabitkan dua lot restoran dua tingkat di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, awal pagi tadi.
Komander Operasi, Md Fuad Selamat berkata, mangsa masing-masing berusia 34 dan 24 tahun dengan kedua-duanya menerima rawatan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh pihak ambulans.
“Seorang mangsa wanita berumur 34 tahun mengalami kecederaan di bahagian tangan kanan manakala seorang wanita berumur 24 tahun mengalami kepatahan di bahagian tangan kiri.
“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran Restoran Kaara Saaram Claypot menerusi talian sistem NG999 pada pukul 3.04 pagi.










