WARSAW: Enam maut manakala lebih 12 lagi cedera selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah dataran tumpuan pelancong di Krakow, Poland, petang semalam.

Perdana Menteri Poland, Donald Tusk, berkata tiga lagi individu yang dipercayai anggota keluarga suspek turut ditemukan mati di kediamannya.

Polis berkata, suspek yang merupakan warga Poland melepaskan tembakan ke arah orang ramai ketika memandu memasuki Dataran Utama, kawasan tumpuan pelancong di pusat bandar Krakow.

Beberapa anggota polis turut dilaporkan cedera dalam kejadian itu.