WARSAW – Enam individu maut manakala 15 lagi cedera selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di pusat bersejarah Krakow di Poland, pada semalam.

Insiden itu disifatkan sebagai kejadian tembakan terburuk di Poland sejak beberapa dekad.

Tragedi bertambah parah apabila pihak berkuasa kemudiannya menemui tiga lagi mayat, dua wanita dan seorang lelaki, di kediaman suspek.

Perdana Menteri Poland, Donald Tusk, menyatakan siasatan awal menunjukkan mangsa-mangsa di kediaman berkenaan dipercayai merupakan ahli keluarga terdekat suspek.