DOHA: Diaspora Malaysia di Qatar mengambil langkah proaktif memperkukuhkan kesiapsiagaan menghadapi situasi kecemasan dengan melaksanakan beberapa program simulasi pengungsian, termasuk bagi menghadapi ancaman peperangan dan nuklear.
Duta Besar Malaysia ke Qatar, Faizal Razali, berkata inisiatif digerakkan komuniti Malaysia menerusi Malaysian Association in Qatar (MAQ) itu turut membabitkan rakyat Malaysia di Bahrain, sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlaku krisis keselamatan di rantau ini.
Beliau memaklumkan bahawa MAQ yang menaungi kira-kira 30 kelab komuniti, memainkan peranan penting sebagai jaringan sokongan kepada Kedutaan Besar Malaysia, terutama dalam membantu rakyat Malaysia ketika berdepan situasi krisis.










