SEREMBAN - Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang di Kilometer 242 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini petang Sabtu.Ketua Polis Daerah Rembau Superintenden Ngiam Ooi Ming berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, mangsa yang berusia 75 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, 70, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar, kira-kira jam 8 malam tadi."Siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Saga dinaiki kedua-dua mangsa yang dipandu lelaki berusia 20 tahun bersama dengan seorang lagi penumpang wanita, 21, dari Cheras, Kuala Lumpur menuju ke Port Dickson."Sebaik tiba di lokasi kejadian, sekumpulan penunggang motosikal yang sedang berkonvoi dipercayai memotong dan memasuki laluan hadapan kereta berkenaan secara mengejut, sebelum kereta itu hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri lebuh raya," katanya dalam kenyataan malam Sabtu.Beliau berkata, penumpang wanita tersebut mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan di Hospital Rembau, manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kedua-dua mangsa yang meninggal dunia merupakan ahli keluarga kepada pemandu kereta berkenaan.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, termasuk mengesan kumpulan penunggang motosikal yang dipercayai berada di lokasi.Ngiam turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai rakaman kamera papan pemuka supaya menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau bagi membantu siasatan. - Bernama
Suami isteri maut, kereta terbabas elak konvoi motosikal

Key takeaways
Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta mereka terbabas ke longkang semasa cuba elak konvoi motosikal di PLUS.
- Kedua-dua mangsa meninggal dunia selepas kereta terbabas di Kilometer 242 PLUS.
- Pemandu kereta tidak cedera manakala seorang penumpang wanita cedera parah.
- Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Dua maut dirempuh kereta terbabas
- Berita Harian 2 penunggang motosikal maut dirempuh kereta terbabas
- Sinar Harian Suami isteri maut, kereta terbabas elak konvoi motosikal (this story)









