Kuala Lumpur: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) memandang serius setiap laporan yang diterima berhubung produk keluaran syarikat berkenaan.
Gardenia KL dalam kenyataan berkata, pihak syarikat mengambil maklum mengenai kebimbangan yang dibangkitkan di media sosial berhubung produk mereka.
Malah, katanya, Gardenia KL turut prihatin terhadap kesejahteraan pengguna serta keluarga yang terbabit.
"Wakil kami sudah bertemu dengan pengguna berkenaan untuk memahami dengan lebih jelas kejadian yang dilaporkan serta mendapatkan maklumat lanjut.








