Kementerian Pengangkutan berkata Nile Tech dilantik sebagai penyedia platform bagi menawarkan saluran alternatif untuk pembaharuan insurans kenderaan kepada pengguna MyJPJ.KUALA LUMPUR: Nile Tech Sdn Bhd tidak diberikan akses kepada pangkalan data aplikasi MyJPJ selain tiada maklumat profil pengguna dihantar secara automatik kepada syarikat itu menerusi pautan pembaharuan insurans dalam aplikasi itu.

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam jawapan bertulis memaklumkan perkhidmatan pembaharuan insurans yang dipaparkan dalam MyJPJ hanya berbentuk pautan yang membawa pengguna ke portal Nile Tech untuk melengkapkan urusan dan transaksi.

“Apabila pautan tersebut dipilih, pengguna akan dibawa keluar daripada aplikasi MyJPJ ke portal Nile Tech. Semua urusan dan transaksi pembaharuan insurans dilaksanakan di portal itu.