Lusail: Pelumba Ducati, Marc Marquez memenangi perlumbaan pecut yang mendebarkan pada Grand Prix Qatar, sekali gus meletakkan juara bertahan itu semakin hampir untuk merangkul satu lagi gelaran dunia menerusi perlumbaan utama esok selepas pencabar kejuaraannya, Jorge Martin menamatkan saingan di tempat ketiga.
Fabio Di Giannantonio, juara pada 2023, menduduki tempat kedua dalam perlumbaan pecut yang pada awalnya dihentikan dengan bendera merah selepas pelumba Ducati, Francesco Bagnaia terbabit dalam kemalangan sehingga terpaksa dibawa keluar dari litar menggunakan pengusung.
Marquez dan Marco Bezzecchi sebelum itu bersaing sengit untuk merebut kedudukan pendahulu dalam perlumbaan pecut berkenaan, namun kemalangan menamatkan saingan pelumba Aprilia itu selain memusnahkan peluang tipisnya untuk mencabar gelaran dunia MotoGP.








