SEPANG: Ducati mengakui Honda bakal memberikan tentangan lebih sengit dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim 2027, namun tidak gentar menghadapi perubahan besar peraturan teknikal termasuk penggunaan enjin berkapasiti 850cc.
Ketua Komunikasi MotoGP Ducati Corse, Artur Vilalta, berkata kemajuan Honda semakin jelas dan pengeluar Jepun itu dijangka mampu merapatkan jurang prestasi selepas ketinggalan di belakang Ducati dalam beberapa musim kebelakangan ini.
Katanya, perkembangan Honda dapat dilihat ketika ujian jentera MotoGP 2027 di Red Bull Ring, Austria, pada September lalu, sekali gus menunjukkan kesungguhan pengeluar berkenaan untuk kembali menjadi pencabar utama.
"Pengeluar Jepun, khususnya Honda, sedang melakukan kerja yang sangat baik. Kami melihatnya ketika ujian di Austria pada September lalu dan kami tahu mereka sedang bekerja dengan bersungguh-sungguh.









