TANGGA BATU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan tafsiran sebenar perintah berkaitan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu penting bagi menjernihkan kekeliruan berhubung penggunaan istilah 'order of discharge' dalam dokumen mahkamah yang membawa maksud pelepasan, sedangkan keputusan Lembaga Pengampunan menetapkan Najib menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.Menurutnya, kedua-dua istilah itu mempunyai implikasi perundangan berbeza kerana pelepasan bermaksud Jabatan Penjara tidak lagi mempunyai kuasa terhadap banduan, manakala tahanan rumah masih meletakkan individu berkenaan di bawah bidang kuasa jabatan itu.Beliau berkata, KDN perlu mendapatkan kepastian mengenai perkara tersebut sebelum melaksanakan sebarang tindakan bagi mengelakkan implikasi perundangan."Kalau ada dua interpretasi, mahkamah adalah platform terbaik. Jadi, KDN akan akur dan menghormati proses itu."Titah Yang di-Pertuan Agong adalah melalui keputusan Lembaga Pengampunan. Kita sudah menerima surat itu dan kita akur," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Libat Urus Nelayan bersama Menteri Dalam Negeri di Pengkalan Nelayan Sungai Lereh, Klebang di sini, pada Isnin.Turut hadir, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil.Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, sekiranya tahanan rumah dilaksanakan, status Najib kekal sebagai banduan yang sedang menjalani baki hukuman, cuma lokasi tahanannya dipindahkan dari Penjara Kajang ke tempat yang diwartakan.Bagaimanapun katanya, jika perintah mahkamah membawa maksud pelepasan maka Jabatan Penjara tidak lagi mempunyai kuasa untuk menahan beliau."Kalau betul mahkamah kata pelepasan, maknanya penjara kena lepaskan beliau. Sebaliknya, jika kita hantar ke tahanan rumah, ia boleh menimbulkan isu penahanan tidak sah."Sebab itu biarlah mahkamah menentukan kerana terdapat perbezaan dari segi kefahaman," katanya.
Isu tahanan rumah Najib: KDN tunggu keputusan mahkamah

Key takeaways
KDN menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan tafsiran perintah berkaitan tahanan rumah Najib.
- KDN menunggu keputusan mahkamah untuk jelasnya tafsiran perintah tahanan rumah.
- Istilah 'order of discharge' dan tahanan rumah mempunyai implikasi perundangan yang berbeza.
- KDN perlu kepastian sebelum laksanakan tindakan untuk elakkan implikasi perundangan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Tahanan rumah Najib: KDN ikut nasihat AGC, kata Saifuddin
- Sinar Harian Isu tahanan rumah Najib: KDN tunggu keputusan mahkamah (this story)








