Kulim: Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya Jabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan sebarang keputusan mahkamah berhubung permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengikut lunas undang-undang.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sudah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan penjelasan berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, langkah itu diambil selepas terdapat perbezaan tafsiran undang-undang berhubung arahan pembebasan yang dikeluarkan Pendaftar Mahkamah.

"Kuasa untuk memberikan pengampunan adalah di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong, manakala tanggungjawab kami adalah melaksanakan keputusan itu mengikut acuan dan tertib undang-undang.