MELAKA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada mahkamah bagi menentukan percanggahan tafsiran undang-undang berhubung pelaksanaan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata percanggahan itu membabitkan penggunaan istilah 'pelepasan' dalam perintah mahkamah, berbanding keputusan Lembaga Pengampunan menetapkan Najib menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.
Beliau berkata, KDN tidak pernah mempertikaikan keputusan Lembaga Pengampunan, sebaliknya memerlukan penjelasan dari sudut perundangan bagi memastikan sebarang tindakan dilaksanakan mengikut proses dan bidang kuasa yang betul.
"Kalau ada dua interpretasi, mahkamah adalah platform terbaik. Jadi, KDN akur dan hormati proses itu.








