LONDON: Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker berharap kelab itu menawarkan kontrak baharu bagi membolehkannya terus beraksi di Anfield selepas penghujung musim ini.
Pemain antarabangsa Brazil berusia 34 tahun itu bakal tamat kontrak pada akhir musim ini, namun menegaskan hasratnya untuk terus bersama The Reds selepas memainkan peranan penting dalam kejayaan kelab sejak menyertai mereka dari AS Roma pada 2018.
Alisson sudah membuat 347 penampilan bersama Liverpool dan membantu kelab itu menjulang tujuh trofi utama sepanjang tempoh perkhidmatannya.
"Saya mahu kekal. Dalam fikiran saya, saya gembira berada di sini dan keluarga saya juga selesa di sini.










