Kota Bharu: Seorang ibu tunggal merayu supaya anak perempuannya yang menghilangkan diri sejak Jumaat lalu, pulang segera ke pangkuan keluarga.
Nurul Aida Alias, 34, berkata beliau bimbang kerana anak kedua daripada enam beradik itu, Wan Zulaikha Mohd Zafari, 15, keluar rumah dengan tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri.
Menurut Nurul Aida, kehilangan Wan Zulaikha hanya disedari pada sebelah pagi apabila mendapati bilik tidurnya kosong.
Katanya, dia sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan Wan Zulaikha dan berharap dia dapat ditemui dengan segera dalam keadaan yang selamat.









