MELAKA: Seramai 79 calon daripada pelbagai parti politik disahkan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 selepas proses penamaan calon selesai di 28 Pusat Penamaan Calon (PPC) seluruh negeri, hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, kesemua 79 kertas penamaan calon yang diterima disahkan layak bertanding selepas tempoh penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi.

Beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) mencatatkan jumlah calon tertinggi dengan 24 orang, diikuti Barisan Nasional (BN) sebanyak 23 calon.

“Seramai 16 calon daripada Parti Bersama Malaysia (Bersama), tujuh calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), lima calon Perikatan Nasional (PN), seorang calon Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan tiga calon Bebas turut disahkan bertanding.