YOGYAKARTA: Kementerian Alam Sekitar Indonesia sedang menyiasat sekurang-kurangnya 356 syarikat di seluruh negara susulan kes kebakaran di kawasan konsesi masing-masing dan hutan berhampiran.
Menteri Alam Sekitar, Mohammad Jumhur Hidayat, berkata pihaknya sedang menjalankan proses pengesahan terhadap semua syarikat yang kawasan konsesinya terbabit dalam kebakaran.
"Kami sedang mengesahkan semua syarikat yang kawasan konsesinya terbakar. Jumlahnya besar, iaitu sekurang-kurangnya 356 syarikat terbabit," katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.
Beliau berkata, skala dan keadaan kebakaran berbeza mengikut lokasi, justeru proses pengesahan menyeluruh perlu dilakukan sebelum sebarang tindakan atau hukuman ditentukan.








