Kuala Lumpur : Di sebalik kemeriahan pentas dan sorakan ribuan peminat, Exists menyimpan ruang istimewa buat bekas pengurus mereka, Allahyarham Johan Aziz, yang banyak berjasa mengukuhkan perjalanan seni kumpulan itu.

Penghargaan penuh emosi itu dizahirkan ketika kumpulan yang popular dengan lagu Mengintai Dari Tirai Kamar itu menjayakan konsert Exists Memento Mori 2.0 di Unifi Arena, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Vokalisnya, Mamat menyifatkan Allahyarham sebagai insan penting yang bertanggungjawab membawa Exists ke tahap kejayaan yang dikecapi hari ini.

"Pada malam ini, kami mengenang Johan Aziz. Kalau tiada beliau, kami tidak akan berada di sini. Kerana jasa beliau, kami berada di sini.