KUALA LUMPUR: Bekas pengurus kumpulan Slam, Johan Aziz, meninggal dunia pada usia 61 tahun di kediamannya Taman Kosas, Ampang Jaya, Selangor, hari ini.

Berita duka berkenaan dikongsikan oleh anak kedua Allahyarham, Nurul Halimahtul Saadiah Mohd Johan.

Halimahtul berkata, arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.20 tengah hari tadi.

Menurut Halimahtul, arwah bapanya kini berada di kediamannya dan maklumat pengebumian jenazah akan dimaklumkan kelak.