KUALA LUMPUR: Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) merekodkan sebanyak 5,110 insiden keselamatan siber bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, berbanding 5,837 insiden tahun lalu .
Ketua Eksekutif NACSA, Dr Megat Zuhairy Megat Tajuddin, berkata jumlah insiden yang lebih tinggi pada tahun lalu sebahagian besarnya didorong oleh percubaan pencerobohan dan potensi serangan yang berjaya dikesan lebih awal.
Selain itu, beliau berkata Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (NC4) NACSA turut mengeluarkan sembilan alert dan advisory dalam tempoh Oktober dan November tahun ini berhubung kerentanan keselamatan yang memberi kesan kepada entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII) dan agensi kerajaan.









